Buku

Di Bawah Lengkung Langit Pualam: Keasyikan Cinta Taj Mahal (Beneath a Marble Sky)

Penulis: John Shors
Penterjemah: Samsudin Jaapar

ISBN: 9789670892153

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 60.00 / 65.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Sastera Dunia (Bahasa Melayu)

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Pada 1632, Maharaja Hindustan, Shah Jahan, diselubungi kehibaan akibat kemangkatan maharani baginda, Mumtaz Mahal. Bagi memenuhi permintaan terakhir kekasihnya itu, baginda mengarahkan pembinaan makam diraja sebagai lambang keagungan cinta mereka, Taj Mahal. Berlatarbelakangkan kekayaan dan kuasa yang tak terbayangkan, persaingan adik-beradik yang berakhir dengan tragedi, dan kekejaman pemerintahan kuku besi, Puteri Jahanara menceritakan semula peristiwa luar biasa yang melingkungi keajaiban Taj Mahal. Terperangkap dalam perkahwinan tragis yang bukan pilihannya, Jahanara berjaya mengalihkan perhatiannya dengan melibatkan diri dalam pembinaan Taj Mahal sebagai pembantu dan penasihat kepada Isa, jurubina Taj Mahal. Lama-kelamaan, puteri kesayangan maharaja itu terperangkap antara tanggungjawabnya sebagai seorang anak, sekatan tegar yang dikenakan ke atas wanita, dan kisah cinta terlarang. Berbekalkan keberanian yang luar biasa, Jahanara mencabar kebutaan dan ketaasuban di istana dalam usaha melindungi empayar ayahandanya daripada terjerumus ke dalam kancah perang saudara, sekali gus menyelamatkan maharaja daripada kekejaman putera baginda sendiri, Aurangzeb. Berlatarbelakangkan kebencian dan kekejaman, John Shors menggarap indah sebuah kisah cinta teragung bumi hindustan, peristiwa bersejarah yang mewarnai Empayar Mughal dan rahsia di sebalik kemasyhuran Taj Mahal.