Buku

Di Bawah Bayang Tulip Merah: Antologi Cerpen Inspirasi Sajak-Sajak Usman Awang

Penulis: AC Jaffrie

ISBN: 9789674607876

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Antologi ini diusahakan untuk mengangkat karya-karya puisi terpilih Sasterawan Negara (SN) Usman Awang dalam bentuk inspirasi cerpen. Melalui usaha ini secara tidak langsung, penulis dapat menyelami hasil perjuangan SN Usman Awang yang telah dihasilkan sekian lama. Bagi penulis generasi sekarang yang kebanyakannya tidak sezaman dengan Usman Awang, ini adalah satu peluang untuk menghargai karya hebat beliau. Kelahiran buku ini memupuk semangat perpaduan masyarakat yang berbilang kaum selain menjadi satu khazanah dunia perbukuan tanah air.