Buku

Dari Kota Ke Kata

Penulis: Tuah Sujana

ISBN: 9789670798356

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Perjalanan tidak ubah seperti lensa, tajam mencari sesuatu untuk difragmenkan. Perjalanan bukan lagi relatif jauh dan dekat, sebaliknya pergerakan inderawi menterjemahkan kota ke kata. Kota sebagai imej konkrit ditukarkan kepada kata sebagai lambang dan tanda. Gabungan daripada perjalanan yang bakal menemukan silang geografi, watak, perasaan, sudut pandang, falsafah serba baharu.

Terbungkus dalam adunan 73 sajak dalam dan luar bingkai kembara-termasuk 13 sajak bonus di ruangan “Kata Kota”; inspirasi Kembara Penulis Muda ke United Kingdom, Mac 2013. Dari Kota ke Kata (DK3) melebarkan pengalaman seni penulis, mewajahkan bait-bait lebih ekonomis dan kompak; malah kata hati berbeza berbanding kumpulan sajak sebelumnya. Seperti kata penyair Ireland, John O’Donoghue: Apabila kau kembara/kesunyian baru/menjelma bersamamu/ dan jika kau mendengarnya/itulah apa yang paling dicintai oleh hatimu; untuk dituturkan.