Buku

Kumpulan Puisi: Dalam Rimba Teka- Teki

Penulis: Zaidin Abadi

ISBN: 9789674605377

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Dalam Rimba Teka-Teki selama ini kau sembunyikan rahsia di sebalik pohon tawa dalam rimba teka-teki dan aku terkeliru antara silang kata dan mohor sebuah janji.

Himpunan 70 buah puisi dalam Kumpulan Puisi: Dalam Rimba teka-teki ini membawa pembaca ke daerah persoalan demi persoalan yang menuntut jawapan, masalah yang menuntut penyelesaian, tugas yang perlu diselesaikan dan pelbagai lagi. Tidak ada jalan lain untuk kita hadapi kehidupan ini melainkan menyelesaikan segala teka-teki itu dengan keberanian, keyakinan serta kekuatan diri yang sebenar-benarnya. Kita perlu selongkar diri kita sendiri mencari kunci untuk membukanya. Tanpa kunci itu, diri akan terus ditelan pelbagai teka-teki yang tidak mungkin terjawab. Apakah kunci kepada teka-teki ini?