Buku

Cinta Allah

Penulis: Hilmi Rindu

ISBN: 9789670798837

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Cinta Allah ialah sebuah kumpulan puisi yang bernafaskan islam yang merangkumi rasa kepercayaan dan cinta akan Allah SWT selain menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan asas-asas iman dan amalan seseorang muslim.

Seperti yang dikatakan oleh penulisnya, “Yang saya puisikan ini bukanlah khayalan atau fikiran saya semata-mata. Ia banyak bersandarkan kepada apa yang telah dikitabkan dan dijadikan pegangan serta amalan para Muslim sejak dahulu lagi. Saya sebagai pengutipnya dengan sedaya upaya menyusun secara bebas berpandukan kreativiti sendiri.”

Dengan menggunakan gaya bahasa dan teknik penulisan yang sangat mudah untuk difahami, Cinta Allah ini harus dijadikan koleksi para remaja untuk diletakkan di rak buku mereka.