Buku

Cerita Dalam Cerita

Penulis: Zurinah Hassan

ISBN: 9789674305406

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Rumah dalam pandangan Zurinah Hassan merangkumi tempat tinggal, kampung halaman, kota raya dan negara. Dalam bahagian “Cerita Rumah Kami”, Zurinah Hassan memilih untuk bernaratif dalam puisinya menceritakan kebimbangan yang berleluasa dalam ruang rumahnya. Kisah sehari-hari ini ditulis dalam puisinya dengan gaya sederhana namun keindahannya terletak pada kepentingan pemikiran yang didapati pada hujung pembacaan puisi. Pengalaman dan pengamatan dalam perjalanan hidup seorang Zurinah Hassan ditumpahkan dalam bahagian “Pengertian”. Warna alam dan perubahan suasana telah ditafsir kemudian ditumpahkan ke dalam puisi melalui pemilihan kata-kata yang ringkas dan padat.

Kumpulan puisi ini merupakan koleksi wajib pencinta puisi. Puisinya teradun kelangsungan kebijaksanaan dan kehalusan pengamatan Zurinah Hassan yang menyembunyikan cerita di dalam lapisan ceritanya.