Buku

Cemeh

Penulis: Abdul Razak Adam

ISBN: 9789670869261

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Semua orang diminta menjaga tradisi kerana tradisi melambangkan kecintaan kita terhadap budaya dan warisan anak bangsa. Hakikatnya, usaha memelihara tradisi ini kebanyakannya hanya kelihatan pada kulitnya sahaja dan bukannya kepada keseluruhan aspek tradisi itu.

Lebai Awang, pewaris dan penerus tradisi penceritaan cerita rakyat mendapat layanan yang kurang istimewa di bumi sendiri ketika cuba mempersembahkan cerita rakyat di tanah lamannya sendiri. Namun, satu-satunya anak lelakinya, Salahuddin, yang berada di Bumi Kanggaru yang membawa bersamanya cerita-cerita warisan tersebut, diberi tempat yang sewajarnya untuk mempersembahkan cerita rakyat Melayu disana. Lalu, Salahuddin bercita-cita untuk melestarikan seni cerita rakyat di kampung halamannya. Cita-citanya menggunung tinggi. Berjayakah cita-cita Salahuddin itu?