Buku

Kumpulan Puisi Remaja: Cemanik Bicara

Penulis: Siti Hadijah Sunok

ISBN: 9789674603274

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 18.00 / 23.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Kumpulan puisi ini mengandungi 50 buah puisi yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah wajah bahasa; kedua (Cuaca Hati) dan ketiga (Satu Perjalanan). Wajah Bahasa mengangkat wajah bangsa, bahasa dan budaya yang kuat dengan didaktik dan nilai tinggi. Cuaca Hati pula menumpahkan jiwa dan naluri kewanitaan penyair pada gugusan puisi yang sebahagiannya nostalgia, manakala pada sisi lain pula meluahkan sensitiviti kepenyairan terhadap peristiwa dan persekitarannya. Satu perjalanan pula menjalurkan puisi kembara yang mengutip ilham di tanah asing, sekali gus merakamkan pengalaman secara puitis yang diselitkan pesan dan perasaan.