Buku

Buku Projek Seni dan Kraf

Penulis: Trish Kuffner

ISBN: 9789830687957

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kreatif

Beli Dalam Talian:

Lazada

Buku ini mengandungi pelbagai projek seni dan kraf yang kreatif untuk kanak-kanak yang berusia dari dua hingga enam tahun. Ia menyediakan alternatif yang lebih baik berbanding TV untuk merangsang kanak-kanak melalui aktiviti kreatif. Buku ini turut membimbing ibu bapa mahupun pengasuh di pusat jagaan cara untuk:

• Merangsang kreativiti dan ekspresi kanak-kanak melalui aktiviti yang menggalakkan mereka untuk meneroka dunia mereka.
• Membuat uji kaji menggunakan cat, perekat, doh mainan, kertas dan pen penanda yang member tumpuan terhadap pembinaan tenaga kanak-kanak dengan lebih baik.
• Merangsang perkembangan daya tumpuan dan koordinasi kanak-kanak, serta kemahiran mengatur dan memanipulasi, dengan memilih projek seni dan kraf yang bersesuaian.
• Menjimatkan wang dengan menggunakan bahan yang boleh ditemui di sekitar rumah untuk menghasilkan bahan seni dan kraf seperti cat, doh mainan dan tanah liat kraf.
• Meraikan hari perayaan dan sesuatu majlis dengan projek dan aktiviti khas.

Buku ini ditulis dengan penuh kemesraan dan mencuit hati kanak-kanak kecil. Buku ini patut dibaca oleh ibu bapa dan pendidik kanak-kanak.