Buku

Bukan Orangorang

Penulis: Hafizah Iszahanid

ISBN: 9789670869087

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Mo, anak pendatang dari China yang lahir di Tanah Melayu. Mo dibesarkan dengan kisah-kisah penderitaan bapanya di China dan harapan bapanya untuk bahagia di negara baharu, Tanah Melayu. Mo membesar dengan melihat sendiri suka duka sejarah perjalanan Tanah Melayu menjadi sebuah negara hasil perpaduan sesama bangsa. Mo membesar dengan Midah, anak seorang polis yang juga tinggal di kem Cina dalam kawasan penempatan Mo dan bapanya tinggal. Mo dan Midah terus bersaudara sehingga ke hari tua mereka.

Bagaimanapun, persahabatan ikhlas mereka tidak dikongsi oleh anak mereka, Qi dan Zara. Qi dan Zara adalah anak selepas merdeka yang terperangkap dengan ideologi perkauman yang kemudiannya terlajak kepada isu agama. Kedua-dua mereka terperangkap di dalam kefahaman dan kepercayaan masing-masing.

Bukan Orangorang menyorot suka duka perjalanan sebuah negara bernama Malaysia daripada sudut pandang dua generasi berbeza.