Buku

Buaya Tembaga

Penulis: Azmah Nordin

ISBN: 9789830689272

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Banyak cerita rakyat Malaysia khususnya masyarakat etnik Sabah yang masih tersimpan dan belum pernah dibukukan. Cerita-cerita ini sangat segar dan berbeza dengan cerita rakyat di negeri lain yang pernah dibaca kerana perbezaan agama, kepercayaan, adat dan budaya seperti yang terdapat dalam Buaya Tembaga ini.

Sebanyak 16 buah cerita rakyat dalam Buaya Tembaga dan hampir semua wataknya menganut kepercayaan animisme. Sebahagian besar daripadanya mempercayai bahawa ada empat roh yang wujud di dunia, iaitu Minamagun, Kunduduwo, Tombiruroh dan Rogoh.

Setelah membaca semua cerita yang terkandung dalam buku ini, anda pasti terasa betapa tandusnya pengetahuan kita tentang cerita rakyat Malaysia sedang kitalah yang memiliki semua khazanah yang pelbagai itu.