Buku

Belum Selesai

Penulis: Raja Yusof Ariffin

ISBN: 9789674600563

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Belum Selesai menghimpunkan 77 buah puisi Raja Yusof Ariffin dan kebanyakan puisi dalam naskhah ini pernah diterbitkan dalam majalah dan akhbar tempatan. Belum Selesai adalah lambang perjuangan dan pencarian dalam kehidupan penyair melambangkan perjuangan dan pencarian beliau sentiasa berterusan tidak akan selesai sehingga ke akhir hayatnya.

selepas tiada seekor pun yang dapat
ditangkap meski untuk hari ketujuhnya, nelayan
itu pulang semula ke pantai dan kemudian
menghadap laut sambil memikir

“barangkali masin laut belum mahu menerimaku”

lalu dia pulang ke rumah dan berkira-kira untuk
menggarami pukat dan sampan secukupnya