Buku

Balada Si Burung Merak Puisi-Puisi Lengkap W. S. Rendra (Kulit Keras)

Penulis: W.S Rendra

ISBN: 9789674604134

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 65.00 / 70.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Seperti seekor burung merak, W. S Rendra sentiasa mempamerkan kedinamikan persembahan di panggung teater dan mempesonakan pembaca dengan puisi-puisinya yang mempunyai kekuatan naratif dan kelincahan permainan kata-kata. W.S Rendra tidak mengikat dirinya dengan mana-mana angkatan tetapi memiliki kebebasan dan keperibadiannya tersendiri.

Puisi-puisi W.S Rendra tidak pernah sunyi daripada membela golongan marhaen terutamanya wanita, menggoncang kestabilan dan kewenangan orang politik. Dalam garang dan lantang, puisi Rendra juga padat dengan keromantisan dan ketulusannya dalam mengungkapkan cinta.

Balada Si burung Merak: Puisi-puisi Lengkap W.S Rendra merupakan rangkuman perjalanan kepenyairan W.S Rendra sebagai pengkritik sosial, pejuang mahasiswa, pembela rakyat tertindas dan pencinta yang berani sepanjang lebih lima dekad berdiri di pentas puisi.