Buku

Antologi Cerpen Penerima Anugerah S.E.A. Write Malaysia - Thailand

ISBN: 9789674607494

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada Lazada

Penerbitan Antologi Cerpen Penerima Anugerah S.E.A. Write Malaysia-Thailand ini adalah antara usaha yang diikhtiarkan oleh ITBM dan dana Kanokphong Songsomphan untuk mengeratkan hubungan dua negara berjiran – Malaysia dan Thailand - melalui sastera. Dalam konteks ini, 14 buah karya cerpen daripada 14 orang penulis yang pernah menerima S.E.A Write Award daripada kedua-dua buah negara (tujuh orang daripada setiap negara) telah dipilih. Masing-masing karya menggarapkan isu yang berbeza tetapi mempunyai aroma serantau yang apabila dihalusi akan menjumpai satu titik temu kerana kesenian yang baik selalu tepu dengan maksud yang lebih baik daripada rupa bentuk fizikalnya. Hasil perkongsian melalui budaya dan sastera ini memungkinkan dua bangsa serantau, yang pernah dipecahbelahkan oleh bangsa penjajah suatu ketika dahulu, kembali meninjau asal usul masing-masing lalu mengembalikan kesefahaman yang sebenar-benarnya.

Untuk tujuan menyebarluaskan pembacaan serta untuk merealisasikan matlamat penerbitannya supaya biar betul-betul sampai kepada khalayak pembaca, antologi ini diterbitkan dalam dua versi – bahasa Melayu (diterbitkan oleh ITBM) dan bahasa Thai (diterbitkan oleh dana Kanokphong Songsomphan). Para cerpenis penerima S.E.A. Write Award dari Thailand yang karyanya dimuatkan dalam antologi ini ialah Sila Komchai, Phaitoon Thanya, Vachara Sajasarasin, Rewat Phanpipat, Prabda Yoon, Jadet Khamjorndej dan Dan-Aran Saengthong manakala para cerpenis penerima S.E.A. Write Award dari Malaysia pula terdiri daripada Jong Chian Lain, S.M. Zakir, Siti Zainon, Anwar Ridhwan, Azizi Haji Abdullah, Zaen Kasturi dan Azmah Nordin.