Buku

Antologi Cerpen: Malaysia-Venezuela

Penulis: Aminah Mokhtar, Anwar Ridhwan, Muhammad Lutfi Ishak, Gabriel Jiménez Emán, Laura Antillano

ISBN: 9789674604318

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Antologi Cerpen Malaysia-Venezuela ini diterbitkan bertujuan untuk menjalinkan hubungan kesusasteraan antara dua buah negara pascakolonial demi mewujudkan persefahaman dan persaudaraan sejagat.

Antologi ini menampilkan karya yang memberi nilai pada skala besar dan berlapis makna. Karya-karya yang dipilih bukan sahaja boleh difahami nilai-nilai tempatannya malah mampu berdialog secara sejagat.

Selain itu, usaha menghimpunkan karya dua negara dalam sebuah buku ini dapat membuka mata penulis tempatan terhadap corak penulisan dan tahap pemikiran penulis negara lain, apatah lagi negara yang banyak menghasilkan karya bertaraf antarabangsa.

Sesebuah negara tidak akan mampu mengangkat kesusasteraannya ke peringkat dunia jika pintu bagi kemasukan sastera negara lain ditutup.

Inilah salah satu kaedah untuk melebarkan sayap kesusasteraan tanah air di persada antarabangsa.