Buku

Anak Itik Tuk Wi

Penulis: Azmi Yusoff

ISBN: 9789674605490

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Anak itik Tuk Wi,

Mandi dalam perigi;

Baik-baik menabur budi,

Elak dari disalah erti.

Anak itik Tuk Wi,

Mandi dalam kolah;

Baik-baik memberi puji,

Elak dari serba salah.

Puisi-puisi dalam buku ini mesra bacaan kanak-kanak kerana berasaskan lagu-lagu rakyat popular yang mudah dihafal oleh kanak-kanak. Pembaca boleh menikmati puisi sambilberdendang dan berdondang mengikut rentak lagu tersebut. Selain daripada menonjolkan banyak permainan tradisional, puisinya diselitkan unsur guraau senda yang mengusik pembacanya serta menyamaikan mesej pengajaran dan nasihat berguna.