Buku

Amuk Si Anak Zapin

Penulis: Ali Jusoh

ISBN: 9789674306960

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Malam itu, mereka tarikan tarian perang, iaitu zapin perang. Masing-masing menetak, menikam dan mengundur selangkah sambil bergerak.

Adi Kelana, Wan Jamal dan Jelatang - tiga orang anak muda yang tangkas menari akhirnya berada di tengah gelanggang pertempuran untuk menentang penjajah. Jika dahulu rebana dan gambus menjadi irama mereka berzapin, kini keris, pedang, badik, rencong dan sundang menjadi teman untuk mereka menghalau musuh negara.

Tiada pengalaman berperang, namun mereka perlu berjuang kerana tanah air ini perlu dibebaskan dan dipertahankan. Ketika diri diasak-asak oleh rasa gerun dan bimbang, mereka dipertemukan dengan pengkhianat dan cinta yang mendebarkan.

Ini kisah tari yang semakin dilupakan zaman. Ini kisah perang yang membawa seribu satu semangat zaman.