ISBN: 9789830685687
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Sastera Dunia (Bahasa Melayu)
Amina menikmati kehidupan mewah yang melimpah ruah. Gelaran isteri keempat kepada seorang lelaki berpengaruh Alhaji Haruna memungkinkan Amina memiliki segala yang diimpikannya. Kekayaannya yang disempurnakan lagi dengan keanggunan wajah dan kedudukan politik suaminya menjadikan Amina tumpuan masyarakat sekeliling.
Namun, kehidupannya tidak seindah yang disangka. Insiden yang berlaku hanya disebabkan keegoan lelaki telah membuka mata Amina tentang kedudukan sosial kaum wanita dalam masyarakatnya. Kecantikan dan kekayaannya yang selama ini menjadi idaman wanita lain tidak menjanjikan kebahagiaan buatnya. Bagi Amina, adakah ini kehidupan yang diimpikannya selama ini? Atau adakah dia hanya hidup mengikut telunjuk mereka yang lebih berkuasa? Sanggupkah dia menikmati kebahagiaan yang dibayar dengan penderitaan wanita lain?
Amina bangkit memperjuangkan hak sosial wanita yang sekian lama dibaluti kepompong norma masyarakat yang masih kuat dicengkam kuasa veto lelaki. Dia bangkit memperjuangkan keadilan untuk masyarakatnya yang ditindas atas ketamakan pemerintah yang buta dengan nilai sosial masyarakat. Dia berjuang demi kedudukan sosial wanita Nigeria. Sesungguhnya, dia berjuang untuk pembebasan dirinya!