Buku

Algebra

Penulis: Muhammad Bin Musa Al-Khawarizmi
Penterjemah: Muhammad Mursi Ahmad

ISBN: 9789674304492

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 45.00 / 50.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Matematik, Umum, Falsafah

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Al-Khawarizmi atau nama sebenarnya Muhammad bin Musa dikenal sebagai tokoh Islam terulung dalam ilmu matematik yang digelar Bapa Algebra. Beliau merupakan seorang sarjana ulung di Baitul Hikmah, Baghdad, sebuah institusi yang mengkhusus kepada kerja-kerja penterjemahan. Pengetahuan dan kemahirannya yang luas tidak hanya terbatas dalam bidang tersebut, malah meliputi bidang syariah, geografi, astronomi, falsafah, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Pengasas beberapa cabang dan konsep asas matematik ini merupakan mahaguru algebra di Eropah, malah nama algebra itu sendiri diperoleh daripada bukunya yang masyhur, Kitab Al-Jabar Wal-Muqabalah.

Buku ini menjurus kepada penggunaan ilmu matematik, khususnya algebra dalam urusan masyarakat Islam, seperti pembahagian harta pusaka dan wasiat, pemecahan bahagian, urusan perundangan, perniagaan dan semua urusan muamalat. Terkandung juga di dalamnya ilmu matematik yang berkaitan dengan ukuran tanah, ukuran sungai, urusan berkaitan kejuruteraan dan ilmu lain yang berkaitan dari pelbagai sudut. Selain mencipta Algebra, Al-Khawarizmi turut memberikan sumbangan dalam penciptaan Astrolab dan merupakan ahli sains pertama yang melakar peta dunia.