Buku

Aladdin dan Lampu Ajaib

Penterjemah: Zawiyah Mustafa

ISBN: 9789674306236

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Lazada

Aladdin dan Lampu Ajaib ialah buku berilustrasi di bawah Siri Kisah Olahan. Buku ini menceritakan tentang Aladdin, seorang anak muda miskin yang pemalas di sebuah pekan di China. Dia diambil sebagai anak didik seorang ahli sihir jahat, yang memperkenalkan dirinya sebagai saudara kepada bapa Aladdin yang telah meninggal dunia. Dia meyakinkan Aladdin dan ibunya melalui sikapnya yang berpura-pura dengan membuat perjanjian untuk menjadikan Aladdin seorang saudagar yang kaya. Namun begitu, tujuan sebenar ahli sihir itu adalah untuk memujuk Aladdin mendapatkan lampu ajaib dari gua ajaib yang dipenuhi perangkap. Teruskan membaca buku ini untuk mengetahui bagaimana Aladdin menghadapi ahli sihir yang licik itu.