Buku

Aku Gagak

Penulis: Saifullizan Yahaya

ISBN: 9789674304690

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Gagak selalunya dikaitkan dengan keburukan dan kekotorannya, tetapi sebenarnya burung ini mempunyai kebijaksanaan yang tiada pada burung lain. Kisah burung gagak yang diutuskan oleh Allah S.W.T kepada Qabil untuk menjadi petunjuk telah mencetuskan ilham dan menjadi subjek utama buku ini. Saifullizan Yahaya mengangkat burung gagak sebagai subjek dalam kumpulan puisi ini keseluruhannya dan memberikan suara kepada burung tersebut sebagai kritikan kepada manusia yang kadang-kadang menjadi Qabil dan Habil. Keunikan kumpulan puisi ini terletak pada penerapan ciri-ciri pantun berkait dengan mengambil baris, ungkapan atau kata terakhir puisi untuk menjadi judul dan subjek puisi seterusnya.