Buku

Ah Fook

Penulis: Jong Chian Lai

ISBN: 9789670869803

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 50.00 / 55.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Bookcafe

Novel Ah Fook menceritakan kehidupan seorang lelaki Cina yang dihimpit kemiskinan sejak tiga generasi di negara Tembok Besar. Yong Ah Fook, atau lebih dikenali sebagai Ah Fook yang kecewa dengan sistem komunisme China, merantau ke kepulauan Borneo dengan meninggalkan isteri dan dua orang anaknya di kampung semata-mata untuk meraih kekayaan di bumi asing. Dia bekerja sebagai kuli di sebuah rumah agam milik seorang kapitan Cina sebaik-baik tiba di Sarawak.

Bagaimanapun, takdir membantutkan impiannya apabila Jepun meluaskan kuasa di Asia Tenggara tidak lama selepas dia berada di Sarawak. Ah Fook terpaksa berkahwin dengan seorang wanita tempatan berketurunan Cina- Melanau demi menyelamatkan wanita itu daripada kekejaman tentera Jepun. Ah Fook juga berbuat demikian untuk melupakan anak-anak dan isterinya di China yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki lain ekoran kesempitan hidup selepas ditinggalkan Ah Fook.