Buku

Adik Balik Kampung

Penulis: Ali Mustaffa

ISBN: 9789674305314

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori:

Beli Dalam Talian:

Adik Balik Kampung ialah kisah tentang adik, seorang kanak-kanak bandar. Dia kurang senang apabila terpaksa menghabiskan cuti persekolahnnya di kampung yang baginya serba berbeza daripada kehidupan di bandar.

Memang benar adik berasa sedih sewaktu menjejakkan kaki di kampung. Namun, semua itu bersifat sementara. Peluang menghabiskan masa bersama datuknya telah mendedahkan kepada keunikan nilai hidup dan sosiobudaya masyarakat kampung. Semuanya menguja perasaannya. Dia dapat mengenal pelbagai amalan tradisi masyarakat kampung daripada makanan, permainan seperti kuda kepang, kraf tangan yang tinggi seninya, selain berpeluang menunggang kerbau dan mendengar cerita rakyat daripada mulut datuknya. Hingga akhirnya, apabila cuti persekolahan tamat, rasa sedih menguasai dirinya untuk meninggalkan segala kenangan di kampung datuknya.