Blog

10 Buku Cerita Teladan Sang Kancil yang Sesuai Dibaca Untuk Anak-anak Anda Sepanjang Tempoh PKP

Akademi_ITBM_%285%29

Semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Walaupun ia pengumuman yang meresahkan kita semua, tetapi itulah keputusan terbaik demi keselamatan kita; rakyat Malaysia.

Kata Perdana Menteri, “I don’t have a choice.”

Sudah tentulah yang paling rungsing ialah ibu bapa kerana perlu memikirkan apakah aktiviti yang sesuai untuk memastikan anak-anak sentiasa berfikir dan mendapat pendidikan secara tidak langsung.

Oleh itu, khusus kepada semua ibu bapa, kami senaraikan 10 buku cerita teladan Sang Kancil yang boleh dibaca untuk anak-anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Kepada ibu bapa yang anaknya masih kecil, buku-buku ini sesuai dibaca bagi menghiburkan mereka.

Kepada anak-anak yang sudah boleh membaca, buku-buku ini sesuai bagi melatih daya pembacaan mereka.

Turut menariknya, buku-buku ini tersedia dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Jadi, kami senaraikan di sini 10 buku cerita teladan Sang Kancil yang terbaik untuk anak-anak anda:

1) Sang Kancil dengan Anak Harimau

2) Sang Kancil dengan Buaya

3) Sang Kancil dengan Gergasi

4) Sang Kancil dengan Harimau

5) Sang Kancil dengan Harimau Tua

6) Sang Kancil dengan Penunggu Huma

7) Sang Kancil dengan Perigi Buta

8) Sang Kancil dengan Siput

9) Sang Kancil dengan Tali Pinggang Hikmat

10) Sang Kancil Menjadi Hakim

Buku ini telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan boleh dibeli di www.itbm.com.my.

Caranya mudah, klik pautan laman web kami, pergi ke katalog buku > Pendidikan > Kanak-kanak.

Atau kalau mahu lagi mudah, cari sahaja perkataan “Sang Kancil” di bahagian search (carian).

Terima kasih dan selamat membaca.