AKTIVITI & ACARA ITBM@PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017

AKTIVITI & ACARA ITBM@PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017

- 28-04-2017

 PELBAGAI AKTIVITI ITBM

DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2017

Pelbagai program menarik telah dirangka sepanjang 10 hari PBAKL 2017 berlangsung, bermula 28 April hingga 7 Mei 2017, bertempat di Dewan Tun Razak 3, Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Berikut adalah butiran mengenai program yang dianjurkan:

WAWANCARA SOFA PUTIH ITBM

Menjadi acara utama ITBM pada setiap kali PBAKL, ia diteruskan bagi tahun kelapan (8) sejak penganjuran pertamanya pada 2010. Sesi bual bicara yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar ini membariskan panel yang terdiri daripada penggiat dan aktivis dalam bidang penerbitan, buku, sastera, politik, adat dan budaya serta sukan.

Acara ini akan diadakan di ruang pentas khas reruai ITBM, Dewan Tun Razak 3, PWTC. Berikut merupakan jadual penuh untuk Wawancara Sofa Putih ITBM di PBAKL 2017:

TARIKH / MASA

TOPIK

PANEL

28 April 2017 (Jumaat)

3.00 petang

Penulis Mandiri: Amalan di Luar Kebiasaan dan Kelangsungannya

-     Ku Seman Ku Hussein

-     Zainal Rashid Ahmad

29 April 2017 (Sabtu)

1.00 petang

 

Undang-undang Syariah: Antara Hak, Keistimewaan dan Sensitiviti

-     Dato’ Haji  Zainul Rijal Abu Bakar

-     Adnan Seman

30 April 2017 (Ahad)

1.00 petang

Sang Kancil & Cerita Rakyat: Masih Relevankah Masa Kini dan Sejauh Mana Boleh Pergi?

-     Jaafar Taib

-     Mohamad Shahidan

-     Mahaya Mohd Yasin

1 Mei 2017 (Isnin)

1.00 petang

Buku Kayuhan & Siri Sukan: Upaya Buku Mencerdaskan Minda & Mencergaskan Jasmani

-     Sakri Abdullah

-     Atlet lumba basikal untuk Sukan SEA

2 Mei 2017 (Selasa)

1.00 petang

Upin Ipin & Doraemon: Ikon Merangsang Minat Membaca dan Belajar Anak-anak

-     Azhar Ahmad @ Tembakau

-     Wan Zuhairi

-     Tunku Maziah

3 Mei 2017 (Rabu)

1.00 petang

Kami Penulis, Kami Juga Menjual Buku

-     Khalid Salleh

-     Zainal Abas

-     Pitri Al-Fateh Zainon

 4 Mei 2017 (Khamis)

1.00 petang

Mendepani PRU: Bagaimana Buku Mampu Melestarikan “Political Mileage”

-     YB Budiman Mohd Zohdi

-     Datuk Abdul Jalil Ali

5 Mei 2017 (Jumaat)

3.00 petang

E-Buku & Buku Audio: Buku Bukan Lagi Sekadar untuk Dibaca

-     Azalinor (TLiNGE)

-     Syed Faiz (E-Sentral)

6 Mei 2017 (Sabtu)

1.00 petang

Cara Bangsa Cina Menyantuni dan Melangsungkan Budaya – Dari Perspektif Malaysia dan Indonesia

-     Zinitulniza Abdul Kadir

-     Pak Azmi (Indonesia)

7 Mei 2017 (Ahad)

1.00 petang

I Wuz ‘Ere - Memoirs of STAR ‘86 & STF Daripada Kaca Mata Srikandi Tun Fatimah: Trend Baharu Majalah Sekolah

-     Ainul Azam Ahmad Khamal

-     Noor Aziza Sulaiman

 

MAJLIS PELANCARAN BUKU / ACARA DEKLAMASI PUISI

 ITBM turut menganjurkan dua (2) acara pelancaran buku dan satu (1) acara puisi bagi meraikan penerbitan buku terbitan terkini ITBM serta memeriahkan aktiviti kepenyairan tempatan. Ia juga merupakan penghargaan kepada penulis dan pihak yang terlibat dalam penerbitan buku berkenaan sekali gus merancakkan industri buku dan sastera Negara. Tiga (3) acara berkenaan adalah seperti berikut:

a.    MAJLIS PELANCARAN BUKU “NUSANTARA ISLANDS: THE UNDERWATER NOTEBOOK” KARYA ZULKIFLI HAMZAH

                    Tarikh                           : 29 April 2017 (Sabtu)

                    Masa                            : 4.00 petang

                    Lokasi                           : Pentas Utama PBAKL 2017, Aras 2, PWTC

Buku terbitan bersama E-Magineers (M) Sdn. Bhd. dan ITBM ini merupakan satu-satunya buku di Malaysia yang kalis air (waterproof) malah tidak terurai di dalam air. Ia merupakan kajian dan cetusan idea penulisnya, Zulkifli Hamzah yang ingin diketengahkan kepada khalayak pembaca mengenai kewujudan kepelbagaian spesies hidupan yang wujud di dalam laut. Buku ini turut memberikan ilmu baharu mengenai keunikan dan keistimewaan hidupan laut yang memperkayakan khazanah alam.

 

b.    MALAM BACA PUISI PENA-ITBM-DBP-BERNAMA: SALAM NEGARAKU

                    Tarikh                           : 5 Mei 2017 (Jumaat)

                    Masa                            : 8.00 malam

                    Lokasi                           : Pentas Utama PBAKL 2017, Aras 2, PWTC

Sempena meraikan Jubli Emas 50 tahun penubuhan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), acara bulanan yang menjadi identiti Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) akan dibawa buat pertama kalinya ke pentas utama PWTC. Acara kali ini yang bertemakan “Salam Negaraku” akan menghimpunkan pendeklamasi puisi dalam kalangan Sasterawan Negara, penulis, penggiat dan peminat sastera tanah air bagi mengeratkan lagi silaturahim. Acara bulanan ini turut menjadi medan untuk penggiat seni tanah air bertemu dan mengeratkan jaringan sosial selain membincangkan hal ehwal kesusasteraan dan perbukuan di Malaysia, selain menjadi pentas terbuka untuk mempertontonkan keunikan dan kepelbagaian dalam penyampaian puisi masing-masing.

 

c.    MAJLIS PELANCARAN BUKU “KETAWALAH, TANAHAIRKU: SAJAK-SAJAK RESISTENCIA” KARYA RAJA AHMAD AMINULLAH

                    Tarikh                           : 7 Mei 2017 (Ahad)

                    Masa                            : 3.00 petang

                    Lokasi                           : Pentas Utama PBAKL 2017, Aras 2, PWTC

                   Tetamu kehormat           : YBhg. Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Albar

Buku nukilan Raja Ahmad Aminullah ini menghimpunkan sajak-sajak dalam bahasa Melayu dan Inggeris, yang juga merupakan ekspresi jujur dari jiwanya tentang tanah air dan persekitaran sekelilingnya. Selain bait-bait puisi, helaian halaman naskhah buku ini turut disertakan visual dan gambar yang punya makna dan kesamaan dengan maksud sajak yang dinukilkan. Buku ini merupakan buku terkini terbitan ITBM, yang dihasilkan oleh penulisnya untuk masyarakat Malaysia serta negara yang tercinta ini.