Sidang Media Malam Meraikan A. Samad Said Sempena Malam Amal Yayasan Usman Awang

Sidang Media Malam Meraikan A. Samad Said Sempena Malam Amal Yayasan Usman Awang


31 Oktober 2017 lalu telah diadakan Sidang Media Malam Meraikan A. Samad Said Sempena Malam Amal Yayasan Usman Awang di bilik Mesyuarat Yayasan Usman Awang, Kuala Lumpur.

Malam Meraikan A. Samad Said Sempena Malam Amal Yayasan Usman Awang ini dibawakan menerusi kerjasama antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Yayasan Usman Awang. Program ini dilangsungkan sebagai penghargaan kepada sasterawan Negara Dato’ Seri A. Samad Said, yang telah banyak menyumbang jasa, keringat dan buah fikiran dalam pembangunan serta perkembangan bidang penulisan dan kesusasteraan tanah air, selain meraikan penganugerahan darjah kebesaran Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Dato’ Seri kepada beliau pada Julai lalu .