Persidangan Meja Bulat Dasar Buku Negara

Persidangan Meja Bulat Dasar Buku Negara


Persidangan Meja Bulat Dasar Buku Negara diadakan bagi membincangkan dengan lebih terperinci tentang keperluan dan isi kandungan bagi memperbaharui Dasar Buku Negara. Majlis yang dirasmikan oleh Y.B. Tuan Budiman Mohd Zohdi, Ahli Parlimen Sungai Besar merangkap Pengerusi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ini dimeriahkan lebih 70 penggiat industri buku di Malaysia. Terima kasih kepada semua yang hadir mencurahkan buah fikiran dan pandangan yang bernas. Semoga Dasar Buku Negara dapat diperbaharui demi pembangunan tamadun bangsa Malaysia.