Maklumat Buku

I AM ME: RAHSIA NIAGA DS VIDA


ISBN : 9789674600000
Penulis : Zinitulniza Abdul Kadir
Penterjemah : -
Tahun Terbitan : 2017
Harga : RM 68.00
 

UMUM
Memoir/autobiografi/biografi
 
 
 

Sejak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-29 pada Januari 2015, penampilan Dato' Seri Vida (DSV) dengan cincin besar bermahkota, aksi gedik menyakitkan hati, dan sebutan dialog jengkel, "Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih...." ibarat jarum panjang ditusuk masuk hingga terpanah terus di fikiran seluruh warga Malaysia. Qu Puteh malam itu seperti "menjajah" negara, dan DSV sekelip mata tular sebagai subjek sensasi, sekali gus menjadi bahan senda dan parodi komedi.

Namun, pernahkah kita tahu bahawa semua itu bukan aksi spontan DSV, tetapi sebaliknya dirancang setahun lebih awal, dan dipersembahkan begitu selepas mengkaji "human attitude" dan psikologi tingkah laku pengguna. Hasilnya, selepas sehari AJL29, jualan Qu Puteh mencanak naik, permintaan masuk tanpa henti, dan hasil keuntungan mencatat peningkatan berlipat kali ganda!

Itu bagaimanapun hanya cebisan daripada keseluruhan siri pengalaman DSV yang dikumpul menerusi 15 bab buku ini.

Rugi jika tidak miliki buku ini. Dapatkan, pelajari, ambil iktibar, dan jadikan pengalaman DSV inspirasi untuk kita sama berjaya sepertinya. Jika tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mahu mendapat sagunya. Dan  sagu sudah tersedia, hanya menunggu dipecahkan!