Maklumat Buku

KUMPULAN PUISI: 77 TUJU (SIRI "INGATAN KEPADA KAWAN")


ISBN : 9789670798875
Penulis : Zaen Kasturi
Penterjemah :
Tahun Terbitan : 2015
Harga : RM 15.00
 

KARYA ASLI
Puisi Yes Garaj 2.0 - 30%
 
 
 

Kumpulan Puisi 77 Tuju (siri "ingatan kepada kawan") menghimpunkan segala macam bauran rasa dalam menanggapi persoalan yang melingkari hidup manusia. Bauran antara bayangan kenangan dengan kenyataan masa kini berusaha untuk menerbitkan percikan makna yang menjangkau lebih daripada kata "kawan" pada makna denotatifnya.

77 Tuju (siri "ingatan kepada kawan") mencuba meluncurkan kata-kata seperti anak panah yang mencuba pula menemukan sasarannya. Tepat atau tidak tepat sasaran itu bukan persoalannya, namun usaha melepaskan anak panah itu daripada busur yang diregangkan oleh kebulatan tanggapan merupakan suatu keyakinan terhadap apa yang digerakkan oleh fikiran - yang berusaha pula berada dalam acuan berbicara yang menjurus kepada makna konotatifnya.

77 Tuju (siri "ingatan kepada kawan") tidak berkecenderungan untuk mengajak khalayak memilih sasaran yang sebenarnya. Di hujung mata anak panahnya hanya ada sekelumit kewajaran dan kewarasan fikir: "setiap jalan yang kaurenung, tak semua kautahu di mana hujung".