ITBM Logo

Khidmat Sari Kata

Anda perlukan khidmat sari kata yang berkualiti? Ini antara kepakaran ITBM yang menterjemah setiap dialog dengan mengambil kira aspek budaya demi memastikan ketepatan maksud yang ingin disampaikan kepada penonton. Ternyata, menterjemahkan dialog dengan budaya yang berlainan adalah sangat mencabar, dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Inilah kelebihan ITBM yang menggunakan penutur asal untuk menterjemahkan dialog yang kemudiannya disunting oleh editor berpengalaman, sekali gus disesuaikan dengan pemikiran dan budaya masyarakat setempat. Hasilnya, sari kata yang terpapar mampu memberikan kepuasan sama seperti pengalaman menonton jalan ceritanya.

KADAR BAYARAN

ITBM menangani setiap projek mengikut keperluan. Justeru, kadar bayarannya berbeza bergantung pada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran;
  2. Jumlah perkataan;
  3. Jenis teks: Umum atau khusus (teknikal);
  4. Tempoh siap tugas: Biasa atau segera;
  5. Sebarang keperluan lain.

Potongan harga diberikan mengikut nilai projek.