ITBM Logo

Khidmat Kejurubahasaan

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) menawarkan khidmat kejurubahasaan oleh sekumpulan jurubahasa profesional, mahir dan terlatih untuk mengendalikan hampir semua bahasa utama dunia. Tertakluk kepada keperluan dan permintaan pelanggan, ITBM bersedia menerima pelbagai tugasan, baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang yang membabitkan khidmat interpretasi, seranta, berturut, mahkamah dan pengiring pelbagai bahasa bagi urusan perniagaan, persidangan, seminar dan diplomatik. 

KADAR BAYARAN
Kadar bayaran bagi khidmat kejurubahasaan adalah bergantung kepada faktor berikut:

  1. Bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  2. Tempoh projek.
  3. Jenis acara.
  4. Sebarang keperluan lain. 

Potongan harga diberikan mengikut nilai projek.

NOTA: Pelanggan perlu menghubungi ITBM sekurang-kurangnya empat hari bekerja sebelum acara berlangsung. Sila hubungi Bahagian Jualan & Pemasaran Khidmat.