Objektif
- Memperkasa khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa;
- Memperbanyak terjemahan dan penerbitan bahan pengetahuan berkualiti dalam bahasa Melayu;
- Memperbanyak usaha penterjemahan dan penerbitan karya penting kebangsaan ke bahasa asing;
- Menyediakan platform kepada penulis tempatan bagi menghasilkan karya asli dalam pelbagai genre;
- Memantapkan perkhidmatan kejurubahasaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
- Memperluas promosi dan pemasaran khidmat serta produk ITBM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
- Melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkemahiran tinggi melalui kursus dan latihan berkaitan terjemahan, penulisan dan penyuntingan;
- Memantapkan keupayaan kapasiti dan tadbir urus organisasi untuk menyediakan khidmat dan produk ITBM;
- Menyokong dan mendukung dasar kerajaan dan pihak berkepentingan dalam bidang terjemahan dan penerbitan buku;
- Meningkat dan mengoptimumkan penggunaan prasarana untuk menunjangi kelestarian bidang terjemahan dan penerbitan buku.
- Memantapkan keupayaan penterjemah, editor serta jurubahasa sambilan dan pengurusannya.