TAWARAN ISTIMEWA ITBM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 TAWARAN ISTIMEWA ITBM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 TAWARAN ISTIMEWA ITBM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 TAWARAN ISTIMEWA ITBM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 TAWARAN ISTIMEWA ITBM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 ITBM Logo

Berita

MALAYSIA NEGARA TAMU PESTA BUKU ANTARABANGSA TOKYO 2014

23 Sep 2013 - Berita Harian

Malaysia melalui Insititut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) bakal menjadi negara tamu Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (TIBF) 2014 di Tokyo, tahun depan.

Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron, berkata Lembaga Pengarahnya bersetuju menerima pelawaan penganjur ITBF untuk menjadi negara tamu pada pesta buku terbesar di Asia itu.

"Pemilihan Malaysia sebagai negara tamu itu bakal membuka peluang negara kita untuk mempromosikan penerbitan, kebudayaan dan sektor ekonomi negara sekali gus turut sama terbabit dalam industri buku Jepun dengan lebih aktif. Kesanggupan untuk memikul tanggungjawab dan cabaran itu berasaskan pengalaman menyertai TIBF sejak tiga tahun lalu termasuk pada tahun ini apabila kami turut menampilakn 23 judul buku yang diterjemah ke bahasa Jepun," katanya kepada Sastera BH di ITBM, Wangsa Maju, baru-baru ini.

  Mohd Khair berkata. selain 23 juudl buku kesusasteraan kanak-kanak yang diterjemahkan ke bahasa Jepun itu, pihaknya juga dalam proses menterjemahkan lapan lagi buku pelbagai genre ke bahasa berkenaan.

Proses semakan pruf akhir

"Sebahagian buku itu sudah pun dalam proses semakan pruf akhir dan suntingan bahasa Jepun, manakala bakinya dalam urusan pemilihan penterjemah.

"Antara buku yang diterjemah ialah Lat Kampung Boy karya Datuk Lat; 100 Malay Proverbs dan Bijak Si Katak Bijak (Dr. Siti Zainon Ismail), selain novel Putera Gunung Tahan (Ishak Muhammad atau Pak Sako); Sukma Angin (Arena Wati) serta kumpulan puisi Menghadap ke Pelabuhan (Zurinah Hassan)," katanya.

Buku lain yang turut dipilih untuk diterjemahkan ialah An Intriduction to Modern Malaysian Literature oleh Sasterawan Negara (SN), Prof Dr Muhammad Salleh dan buku Halal: All That You Need To Know.

Mohd Khair berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) untuk menerbitkan semula karya sastera Jepun yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dan diterbitkan oleh badan berkenaan.

"Pada ITBF 2013 yang lalu, pihak kami mendapat maklum balas daripada pihak pengimport buku utama Jepun bahawa banyak pihak di Jepun berminat untuk membeli kembali karya Jepun yang sudah diterjemahkan ke bahasa asing. Kami juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta membawa penerbit lain bersama untuk memastikan Malaysia dapat tampil sebagai negara tamu yang terbaik, selain membawa imej dan aspirasi negara," katanya.

TIBF 2014 akan diadakan di Tokyo Big Sight, Tokyo, bermula 2 hingga 5 Julai tahun depan dan dijangka menarik penyertaan penerbit dan pemain industri buku dari lebih 42 negara.

MALAYSIA NEGARA TAMU PESTA BUKU ANTARABANGSA TOKYO 2014