ITBM Logo

Berita

Genap sudah 55 tahun

12 Jul 2012 - Berita Harian

BH: MERENTAS Generasi yang menjadi tema Malam Puisi Riong Edisi Khas sempena meraikan ulang tahun ke55 BH yang membuka tirai Fiesta BH di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada 7 Julai lalu, direalisasikan

pada majlis terbabit. Penyair veteran dan muda di samping artis popular tanah air yang diadun pada malam terbabit ternyata menjadi resipi terbaik untuk memastikan khalayak terus dipaku di kerusi masing-masing pada sepanjang persembahan. Orkestra Tradisional Institut Perguruan (IPG), Kampus Pendidikan Islam, Bangi, memenuhi segenap ruang di pentas dengan alat muzik kompang, caklempong, angklung dan gendang, membuka tirai majlis dengan memain lagu Apek Marjina, AciAci Buka Pintu dan Gemilang BH.

 

Persembahan muzik itu dimantapkan lagi dengan deklamasi puisi. inilah Bentangan Peradaban Yang Bukan Senyampang oleh Ketua Pengarah IPG, Osman Hussain dan Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG, Husin Patehdin, Siti Hajar Idrus dan Mastura Berawi, dengan busana jubah sedondon. Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid, tampil di pentas malam itu dengan puisi, Merentas Generasi, mengenai perjuangan BH hasil nukilan Wartawan Unit Sastera BH, Nazmi Yaakub.

 

Perjalanan sejauh ini,

sepayah kita

padang datar, denai belantara,

gunung puncak

bukan untuk tiung,

tidak juga untuk tikus

kerana kita perlujadi

sang pengembara

yang membawa amanat,

sebuah akhbar

untuk kita sangkut suara itu

pada kemuncak

sebuah perjuangan

 

Bekas Editor Sastera BH, Sutung Umar RS, turut menyampaikan puisi, Aku Sayang Kau, BH, diikuti persembahan Penulis Kolum BH Ahad yang juga aktres popular tanah air, Nur Fazura yang pertama kali beraksi di pentas puisi. Nur Fazura berjaya menyembunyikan perasaan gemuruhnya ketika menyampaikan puisi, Dan HurufHuruf Pun Menari, mengenai kisah wartawan bergelumang dengan cabaran kerja yang bukan kepalang.

 

Selalu Kami dambakan

hujan katakata

yang membuai

dengan hurufhuruf

menari

jiwa kami ikut sama menyanyi

tapi sesekali kami diuji

ribut kata-kata

membanting

huruf-huruf menyentak atma kami

supaya tak terus lena

di tepi jendela

 

Kumpulan Dewangga Sakti yang banyak menghasilkan lagu fusion etnik Melayu beraksi di pentas dengan mempersembahkan beberapa lagu termasuk Kaparinyo

dan Al Makaan untuk santapan halwa telinga khalayak.

Puisi berbentuk gurindam, Senandung Anak Wayang, disampaikan secara berlagu oleh penyair mapan yang juga Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2005, Abdul Ghafar Ibrahim, menerima tepukan gemuruh khalayak khususnya pelajar beliau.

 

Pak Agi

apabilafilem bijak di arah

industri seni layar

kukuh bermaruah

anak wayang takkan gundah

berbagai peluang

menanti anugerah

senandung anak wayang

 

Kemuncak persembahan yang pasti dinanti-nantikan kelompok orang muda, tentunya ketika nama pelakon lelaki yang sedang meningkat naik namanya di persada seni, Soffi Jikan mengambil tempat di pentas puisi. Beliau menyifatkan puisi spontannya, Kasi Sengat, sebagai eksklusif untuk peminat mengisahkan pengalaman hidup anak seni menyelitkan unsur jenaka dengan sedutan skrip dari filem KL Gangster lakonannya.

 

Aku dah bosan merayu

mencari ke sana ke mari

sahabatkujadikan saudara

ambil belati dan aku berpaling.

Setia hilang namamu

maruah dipajak gadai

tidak perlunya berjabot tangan

belati tajamku.

 

Acara lebih dua jam dengan diiringi hujan renyai pada hujung majlis dikemudikan Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP), Norhasmanalinda Mustapa, turut diserikan dengan deklamasi Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Mohd

Poad Jelani. Mohd Poad memilih Puisi Kumah Bangsa 1 Malaysia, Penerima SEA Write 2004, Dr Zurinah Hassan (Syair Merentas Zaman) dan puisi duet daripada pemenang pertandingan deklamasi puisi DBP, Balachandran Tanabalan dan Cheng Kui Qiang (Hemah Sebuah Akhbar).

 

Peristiwa Menarik

Sokongan daripada penganjur bersama Malam Puisi Riong edisi lepas dapat dilihat dengan kehadiran wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di samping keluarga masing-masing, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

 

Miss World Malaysia 2008/2009, Soo Wincci, membuat kejutan apabila menghadiahkan kek ulangtahun ke-55 BH hasil air tangannya, manakala pelakon Nur Fazura pula menghadiahkan sejambak bunga kepada pengarang BH, Datok Mior Kamarul Shahid.

 

Kartunis terkenal tanah air perak, Datuk Mohammad Nur Khalid (Lat) yang pernah berkhidmat sebagai wartawan jenayah Bh dating secara mengejut dan mencuit khalayak dengan berkongsi kisah pengalamannya di pentas.

 

Hujan renyai ketika penyanyi muda, Shiha, menutup majlis dengan nyanyian  Jangan Lagi Jauh dan Cinta Adam dan Hawa tidak menghalang peminat untuk terus menunggu semata-mata untuk bergambar dengannya.

 

Gelagat Soffi Jikan yang mencipta nama melalui watak samseng, beraksi sepenuh tenaga ketika mendeklamasikan puisi sehingga kaki pembesar suara yang dipegangnya terjatuh, menerima tepukan gemuruh daripada peminatnya.

  • Pemegang watak antagonis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa, Khir Rahman, menonjolkan bakat nyanyiannya sambil bermain gitar secara akustik, mendapat perhatian daripada peminatnya.

Lebih 500 pelajar sekolah Asrama 1 Malaysia, IPG  Kampus Pendidikan Islam, Bangi dan Pelajar Universiti  Teknologi Mara (UiTM) memberi sokongan pada Malam Puisi Riong Edisi Khas, membuka ruang kepada mereka mendekati genre terbabit.

 

 Tasha Shila, Nur Fazura dan Soo Wincci, pertama kali menunjukkan bakat di pentas puisi.

 

Setiausaha Sulit Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Poad Jelani dan kakitangan pejabat Perdana Menteri (PMO) mengambil peluang mengedarkan komik, Transformasi Najib secara percuma.

Genap sudah 55 tahun