ITBM Logo

Berita

Baca Puisi PENA-ITBM

29 Jun 2012 - Berita Harian

Baca Puisi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)- Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM): Di ambang Ramadan akan diadakan di Rumah PENA, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, pada 6 Julai ini, jam 8.30 malam dan semua dijemput hadir.

Setiausaha Agungnya, Syed Mohd Zakir Syed Othman, berkata acara itu menampilkan kumpulan nasyid Safiya yang menampilkan tiga saudara baru.

“Kumpulan yang dianggotai Leia Az- Zahra Justin Abdullah, Valerie  Cassera dan Nurain Abdullah turut melancar kan album Cinta Muallaf  pada malam itu.

“Baca Puisi itu turut dimeriahkan dengan penampilan  Solihin Osman di samping pelajar Management & Science University (MSU) dan penggiat teater, Afix Zulkarnain dengan pelajar Universiti Selangor (UNISEL), selain Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr A Halim Ali”, katanya dalam kenyataan melalui e-mel, baru-baru ini.

Masuk adalah percuma dan maklumat lanjut hubungi Syed Mohd Zakir di talian 03-21425824 atau e-mel smzakir90@gmail.

 

Baca Puisi PENA-ITBM