Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) telah Seminar Penterjemahan buat kali kedua pada 19 Jun 2012 bertempat di Dewan Utama ITBM. Seminar ini adalah susulan daripada seminar pertama yang dulunya dilangsungkan pada 16 Februari 2012.
Seminar kali ini membawakan topik Penterjemahan dalam Kesusasteraan Melayu dan pengisiannya merungkai beberapa persoalan mengenai kesultanan, kesukaran dan kemelut penulis dalam menghasilkan sebuah terjemahan karya asli sastera Melayu.
Dua tetamu kehormat yang dijemput berkongsi pengalaman dalam seminar ini adalah Dr. Georges Voisset dan SM Profesor Muhammad Haji Salleh.