Kursus

Kursus Penterjemahan Am (Intensif) | 14 - 25 Oktober 2019

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS

a. Pengenalan kepada Penterjemahan (Teknik, Strategi dan Prosedur Terjemahan)
b. Sintaksis, Semantik, Laras and Peristilahan
c. Tatabahasa dalam Penjemahan
d. Penterjemahan Teks Umum
e. Penterjemahan Teks Komunikasi Massa
f. Penterjemahan Teks Undang-Undang
g. Penterjemahan Teks Sains Sosial
h. Penterjemahan Teks Sastera Kreatif
i. Penterjemahan Teks Sains dan Teknologi

PENERANGAN KURSUS
Kursus ini merupakan kursus penterjemahan intensif/sambilan yang mengkhusus kepada asas penterjemahan. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada teknik, strategi dan prosedur terjemahan, sintaksis, semantik, laras dan peristilahan, serta aspek tatabahasa. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menterjemah teks umum, komunikasi massa, undang-undang, sains sosial, sastera kreatif serta sains dan teknologi.

OBJEKTIF
Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks yang berbeza menggunakan prosedur terjemahan yang berlainan dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan dalam penterjemahan.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. mengenal pasti dan menggunakan teknik, strategi dan pendekatan terjemahan yang bersesuaian dengan jenis teks,
b. mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan betul,
c. mengenal pasti dan menggunakan tanda baca, kependekan, dan gaya penterjemahan lain dengan betul,
d. mengenal pasti dan menggunakan sumber yang boleh dipercayai untuk membantu proses penterjemahan, dan
e. menjadi lebih mahir dalam menterjemah pelbagai jenis teks.

YURAN
RM1,500.00

TARIKH
a. Insentif
b. Sambilan

TEMPOH
Intensif (10 hari berturutan, Isnin – Jumaat) Sambilan (10 minggu berturutan, setiap Sabtu)

MOD PEMBELAJARAN
Kuliah, tutorial dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

SIJIL
Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pengiktirafan dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 14 Oct 2019

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 1,500.00

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial