Kursus

Kursus Jurubahasa Serentak (Sambilan) | 10, 17 dan 24 Ogos 2019

Penerangan Kursus

NOTA : TARIKH KURSUS ADALAH 10, 17 DAN 24 OGOS 2019

KANDUNGAN KURSUS
a. Pengenalan kepada Kejurubahasaan
b. Peranan dan Jenis Kejurubahasaan
c. Kod Etika Profesional Jurubahasa
d. Teknik Kejurubahasaan Serentak
e. Proses Kejurubahasaan Serentak
f. Strategi Proses Kejurubahasaan Serentak
g. Kekangan dalam Kejurubahasaan Serentak
h. Latih Amal

PENERANGAN KURSUS
Kursus ini merupakan kursus intensif/sambilan yang mengkhusus kepada kejurubahasaan serentak. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada asas kejurubahasaan, peranan dan jenis kejurubahasaan, kod etika profesional jurubahasa, teknik, proses, strategi proses dan kekangan dalam kejurubahasaan serentak. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu melakukan latihan sebagai jurubahasa serentak bagi situasi tertentu.

OBJEKTIF
Untuk membolehkan peserta berupaya menjalankan fungsi sebagai jurubahasa berpandukan teknik, proses dan strategi proses kejurubahasaan serentak yang betul dan sesuai mengikut konteks.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya mempraktikan tugasan kejurubahasaan serentak mengikut teknik, proses dan strategi kejurubahasaan berturut yang bertul dan sesuai dengan konteks.

YURAN
RM900.00

TARIKH
a. Intensif
b. Sambilan

TEMPOH
a. Intensif (3 hari berturutan, Isnin – Rabu)
b. Sambilan (3 minggu berturutan, setiap Sabtu)

MOD PEMBELAJARAN
Kuliah, tutorial dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

SIJIL
Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pengiktirafan dan Transkripsi Kursus.

Tarikh: 10 Aug 2019

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 900.00

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial