Kursus

Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi (Intensif) | 21 - 22 Oktober 2019

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS
a. Pengenalan kepada Dasar Bahasa Kebangsaan
b. Tatabahasa bahasa Melayu dalam Penulisan Rasmi
c. Penulisan Dokumen Rasmi (Memo/Minit Mesyuarat/Surat Rasmi dll)
d. Latih Amal

PENERANGAN KURSUS
Kursus ini merupakan kursus intensif yang mengkhusus kepada penulisan dokumen rasmi . Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada pengenalan kepada dasar bahasa kebangsaan, tatabahasa bahasa Melayu dalam penulisan rasmi. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu melakukan latihan penulisan dokumen rasmi melibatkan memo, minit mesyuarat, surat rasmi dll.

OBJEKTIF
Untuk membolehkan peserta berupaya menulis dokumen rasmi menggunakan tatabahasa bahasa Melayu yang betul serta sesuai dengan format, gaya dan laras penulisan rasmi.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya mengenal pasti dan menggunakan kaedah yang betul dalam penulisan dokumen rasmi.

YURAN
RM500.00

TEMPOH
Intensif (2 hari berturutan, Isnin – Selasa/Selasa – Rabu/ Rabu – Khamis)

MOD PEMBELAJARAN
Kuliah, tutorial dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN
Bahasa Melayu

SIJIL
Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 21 Oct 2019

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 500.00

Langgan Berita ITBM
Ikuti ITBM di Media Sosial