Kursus

Bengkel Pembacaan Pruf (Intensif) | 11 - 13 November 2019

Penerangan Kursus

KANDUNGAN KURSUS
a. Aspek Bahasa
b. Prinsip Pembacaan Pruf
c. Simbol Pruf
d. Gaya Penandaan Pruf
e. Latih Amal

PENERANGAN KURSUS
Kursus ini merupakan kursus intensif yang mengkhusus kepada asas pembacaan pruf. Bengkel ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali. Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada aspek bahasa, prinsip pembacaan pruf, simbol pruf dan gaya penandaan pruf. Untuk bahagian amali pula, peserta perlu
melakukan latihan penggunaan simbul pruf pada teks terpilih.

OBJEKTIF
Untuk membolehkan peserta berupaya menggunakan simbol pruf yang betul ketika menyunting Pelbagai jenis teks untuk pelbagai peringkat penyuntingan.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:

a. memahami prinsip pembacaan pruf yang betul,
b. memahami dan menggunakan simbol pruf yang betul dan bersesuaian mengikut jenis teks, dan
c. memantapkan kemahiran dan pengetahuan tatabahasa bahasa Melayu.

YURAN
RM550.00

TARIKH
a. Insentif
b. Sambilan

TEMPOH
a. Intensif (3 hari berturutan, Isnin – Rabu/Selasa – Khamis)
b. Sambilan (3 minggu berturutan, setiap Sabtu)

MOD PEMBELAJARAN
Kuliah, tutorial dan perbincangan

MEDIUM PENGAJARAN
Bahasa Melayu

SIJIL
Peserta akan memperoleh Sijil Penyertaan pada akhir bengkel.

Tarikh: 11 Nov 2019

Tempat: Bilik Latihan ITBM

Harga: RM 550.00