ITBM Logo

Aktiviti

Panduan Penghantaran Manuskrip Karya Asli ITBM-PENA

10 Feb 2012 -

Panduan Penghantaran Manuskrip Karya Asli ITBM-PENA

  1. Dasar utama penerbitan karya asli ITBM-PENA ialah menerbitkan buku yang mengandungi unsur-unsur memartabatkan kepentingan agama, bangsa dan negara demi mencerdikkan akal budi bangsa melalui pembacaan bahan berkualiti. Bidang penulisan tidak terbatas kepada kreatif (sastera) sahaja, ia terbuka kepada penulisan bidang lain seperti ilmiah, umum, sejarah, kanak-kanak, dan sebagainya.
  2. Manuskrip yang dihantar perlu ditaip kemas, langkau 1.5 baris dengan menggunakan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4. ITBM dan PENA berhak menolak penghantaran manuskrip yang tidak mengikut panduan yang ditetapkan.
  3. Manuskrip perlu asli, ditulis dalam bahasa Melayu dan belum pernah diterbitkan dalam sebarang penerbitan bercetak. Penulis adalah bertanggungjawab untuk mengesahkan perkara ini.
  4. Penulis perlu melengkapkan borang penyerahan manuskrip berserta dengan soft copy dan hard copy (jika ada) manuskrip yang berkenaan. Manuskrip yang diterima tidak akan dipulangkan kepada penulis.
  5. ITBM dan PENA berhak menerbitkan dan menterjemahkan karya penulis berdasarkan penilaian yang dilakukan. Jika penulis tidak dihubungi dalam tempoh masa tiga (3) bulan, penulis dibenarkan untuk menerbitkan manuskrip terbabit dengan mana-mana penerbit.
  6. Sila e-melkan manuskrip dan borang penyerahan manuskrip yang lengkap ke buku@itbm.com.my atau buku@pena.com.my. Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:

Jabatan Buku Malaysia
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E,
Seksyen 10,Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

atau 

Persatuan Penulis Nasional Malaysia
Rumah PENA, 961-7,
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain)