ITBM Logo

Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu

Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu

Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu
Translation and the Globalization of Knowledge

Abdullah Hassan
Low Kok On
RM 25.00 / RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789833376551
Tahun terbit: 2005
Jumlah muka surat: 624

Beli sekarang ›

Buku ini mengandungi himpunan kertas kerja yang disampaikan dalam Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-1-, bertemakan Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu (Translation and the Globalization of Knowledge).

Persidangan yang dianjurkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia adalah ditaja bersama dengan Universiti Malaysia Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Institut Terjemahan Negara Malaysia. Universiti Malaysia Sabah menjadi penaja utama dan tuan rumah persidangan ini.

Sebanyak 75 buah kertas kerja dibentangkan bagi membincangkan terjemahan dan isu yang berkaitan. Isu-isu tersebut berkisar pada topik-topik berikut:

  1. Terjemahan dan pemindahan ilmu. 
  2. Seni menterjemah.
  3. Terjemahan dan industri penerbitan.
  4. Terjemahan dan pertembungan budaya.
  5. Falsafah dan agama dalam karya terjemahan.
  6. Terjemahan dalam masyarakat berbagai kaum.


Tajuk-tajuk di atas adalah penting untuk masyarakat yang berkecimpung dalam usaha menterjemahkan ilmu bagi memandaikan masyarakat. Menterjemah adalah salah satu daripada cara yang berkesan bagi kita memindahkan ilmu dengan cepat daripada negara maju yang kaya ilmu kepada negara miskin yang memerlukan ilmu.