Terdiri daripada enam jilid puisi, Mathnawi adalah karya Jalaluddin Muhammad Rumi, seorang penyair Islam Parsi tersohor abad ke-13 yang juga seorang ahli teologi, ahli hadis dan al-Quran dan juga pemimpin sufi. Karya besar ini diterbitkan dengan gaya didaktik dan sarat dengan mesej hakikat yang tersirat dan tersurat.
Seperti koleksi ajaran Sufi sebelumnya, Mathnawi yang merupakan koleksi panjang anekdot dan penglipur lara dirujuk daripada pelbagai sumber seperti Quran, cerita rakyat, lelucon dan pengalaman estetik. Setiap pengisahan menggambarkan perkara penting, dan pengertian moralnya dibincangkan secara terperinci dengan penekanan khusus kepada pentafsiran kejiwaan atau kesufian. Mathnawi turut menggambarkan usaha bertaakul dan berperhitungan untuk menjelaskan pelbagai dimensi kehidupan dan amalan spiritual.
Mathnawi adalah sebuah karya besar Islam dan patut dimiliki semua untuk dihayati makna kehidupan dan kewujudan yang terkandung di dalamnya. Dengan memiliki karya besar ini bermakna anda memiliki permata ilmu dunia yang amat tinggi nilainya.
Karya besar Islam ini telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh Profesor Dr. Sayyid Mohamed Ajmal Abdul Razak Al-Aidrus, profesor di Institut Kefahaman dan Pemikiran Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Untuk pesanan dan khidmat pelanggan, sila hubungi:
Unit Pemasaran & Jualan (Buku),
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM),
Wisma ITNM, No. 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4149 7210 (samb. 306 (Ikhram)/324 (Shuaimi)/209 (Khaidir)
Faks: 03-4149 6281
E-mel: info@itnm.com.my
Laman E-Beli-belah ITNM: ecommerce.itnm.com.my
Karya Agung Mathnawi Jalaluddin Rumi - Jilid 1
Karya Agung Mathnawi Jalaluddin Rumi - Jilid 2
Karya Agung Mathnawi Jalaluddin Rumi - Jilid 3
Karya Agung Mathnawi Jalaluddin Rumi - Jilid 4
Karya Agung Mathnawi Jalaluddin Rumi - Jilid 5
Karya Agung Mathnawi Jalaluddin Rumi - Jilid 6
Karya Agung Mathnawi Jalaluddin Rumi Set (Jilid 1-6)