Buku ini menganalisis isu pembangunan ekonomi dari perspektif Islam. Ia bermula dengan makna pembangunan ekonomi dalam Islam dan membincangkan tiga komponen penting pembangunan ekonomi dalam Islam: pertumbuhan ekonomi, agihan pendapatan dan kekayaan, serta persekitaran sosial yang sesuai, digambarkan melalui taraf moral tertinggi dalam cara hidup. Selain itu, ia juga menjelaskan pengagihan kekayaan menerusi bayaran pindahan, sesuatu yang unik dalam sistem Islam. Implikasi pertumbuhan positif dasar kewangan dan fisikal Islam serta isu berkaitan dengan pembangunan dan mobilisasi sumber, baik manusia mahupun kebendaan turut dianalisis. Buku ini diakhiri dengan saranan bagi kerjasama antara negara Islam dalam mobiliti faktor dan penggunaan sumber untuk pembangunan ekonomi umat Islam.
Pembangunan Ekonomi Dalam Islam