Buku

Yang Terbunuh: Islam

Penulis: Daeng Ramliakil

ISBN: 9789674602949

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Sembilan belas buah cerpen dalam Kumpulan Cerpen: Yang Terbunuh: Islam ini relatif pendek. Namun begitu, dalam pendeknya itu, isi dan ceritanya barangkali ambiguiti kepada sebilangan pembaca, yang hingga demikian memerlukan pengamatan dan penghayatan yang cermat untuk memahamkannya. Menjadilah pemikir yang kritis supaya cerpen-cerpen yang dirasakan ambiguiti itu mampu dihadamkan selayaknya untuk dimanfaatkan dalam kehidupan. Sebenarnya, cerpen-cerpen dalam kumpulan ini mengajak pembaca menelusuri hakikat kewujudan diri - peranan dan tanggungjawab masing-masing terhadap al-Khaliq, para rasul, agama anutan, alam yang ditumpangi, negara yang dihuni, bangsa dan bahasa yang dimesrai, malah seluruhnya. Lewat cerpen Yang Terbunuh: Islam sendiri, terlihat natijah yang menimpa umat Islam akibat mengesampingkan peranan mereka seperti yang ditetapkan Al-Khaliq.