Buku

Yang Menyala

Penulis: Norjannah MA

ISBN: 9789674605391

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kumpulan Puisi: Yang Menyala ini memperlihatkan kecenderungan dan kematangan penyajak dalam mengisi puisi-puisinya dengan unsur-unsur ketuhanan dan kerohanian yang luhur serta diadun dengan nilai-nilai mahabbah, kejujuran, kesetiaan dan kasih sayang secara sederhana dan kadangkala melankolik.

Cerminan bagi setiap yang dikiaskan perlu dilihat dengan mata hati yang dalam. Itulah kelebihan Kumpulan Puisi: Yang Menyala yang jelas mendukung nilai kecintaan antara manusia dengan tuhan dan nilai kasih sayang sesama manusia kerana puisi juga dapat dijadikan cermin ketamadunan dan kebijaksanaan sesuatu bangsa.

“Api yang menyala itu adalah bara arang belum terpadam…”