Buku

Vladimir Putin: Munich * Valdai * Crimea * Sochi - Ucapan Bersejarah Presiden Rusia

Penulis: Vladimir Putin

ISBN: 9789670798066

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Politik

Beli Dalam Talian:

Munich

Rusia adalah sebuah negara yang memiliki sejarah yang menjangkau lebih daripada seribu tahun dan hampir setiap masa menggunakan hak istimewanya untuk melaksanakan dasar luar negara bebas. Kami tidak akan mengubah tradisi itu pada hari ini.

Valdai
Saya ingin menekankan bahawa penyatuan Eurasia akan terbina jua atas prinsip kepelbagaian. Ini merupakan penyatuan apabila semua warga mengekalkan identiti, ciri tersendiri dan kemerdekaan politik mereka. Bersama dengan rakan kerjasama, kami akan melaksanakan projek ini secara beransur-ansur, peringkat demi peringkat. Kami mengharapkan projek ini akan menjadi input kami bersama ke arah mengekalkan kepelbagaian dan kemajuan global yang stabil.

Crimea
Kini, perkara ini bergantung pada keputusan politik Rusia sendiri, dan apa-apa sahaja keputusan di sini mestilah semata-mata berdasarkan kehendak rakyat, kerana rakyat ialah sumber mutlak semua kuasa.

Sochi
Rusia ialah negara yang mampu berdiri sendiri. Kami akan berusaha dalam keadaan ekonomi antarabangsa yang sedia ada, membangunkan pengeluaran dan teknologi domestik serta bertindak dengan lebih tegas untuk melaksanakan transformasi. Tekanan dari luar, sebagaimana yang pernah terjadi pada masa-masa lalu, akan hanya akan memperpadukan masyarakat kami, membuatkan kami sentiasa berjaga-jaga dan memberi tumpuan pada matlamat pembangunan kami yang utama.