Buku

Uluru

Penulis: Laurent Metzger

ISBN: 9789674603236

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Laurent Metzger telah menghadiahi kita sebuah kumpulan cerpen yang khususnya tumbuh dari sudut pandangan dan kelainan yang istimewa pula. Tidak menghairankan juga ialah hakikat bahawa beliau membawa watak-watak daripada dunia Melayu-Nusantara, sebagai pelaku dalam kisah-kisahnya, serta kampung dan bandar mereka sebagai latarnya. Dr. Metzger mengajar bahasa dan budaya Perancis di beberapa buah universiti di Malaysia dan Singapura selama lebih 30 tahun, dan pengalaman ini membolehkannya memasuki bahasa dan budaya setempat dengan lebih akrab dan alamiah. Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara).

Kumpulan Cerpen: Uluru menghimpunkan 15 buah cerpen yang pelbagai tema dan isu melalui garapan yang cukup menarik kerana bersama-sama cerpen-cerpen ini penulis juga membawa suatu tradisi sastera (dari Perancis) yang agak berlainan daripada aspek tema-temanya yang lebih ‘intelektual’ di samping naratifnya sering digerakkan oleh dialog dan bukan oleh peristiwa.