Buku

Ulasan Buku

Penulis: Anuar Manshor

ISBN: 9789674603397

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 28.00 / 33.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

“Pada hari ini gerakkan sahaja jari telunjuk di atas permukaan komputer riba atau telefon pintar, dan carilah apa-apa sahaja. Kita akan segera memperoleh maklumat tentang buku: pengarang, judul buku, penerbit, pengedar, penjual, dan harganya sekali.

Namun bukan butiran-butiran fizikal dan pasaran tentang buku yang menjadi isu besar bagi sesebuah karya. Ada hal-hal lain yang lebih penting tentang buku, yakni maklumat, ilmu, dan kebijakan yang terkandung di dalamnya.” - Sasterawan Negara Dato’ Baha Zain.

Sekiranya anda penulis, penerbit, penjual buku, pustakawan atau pembaca, Ulasan Buku ini akan memberikan pencerahan, juga menerangkan kepentingan serta pengaruh ulasan buku dalam spektrum yang lebih luas.