Buku

Tuhan, Tolong

Penulis: Hassan Baseri Budiman

ISBN: 9789674605599

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Naim mula lupa diri setelah berjawatan tinggi. Dia bukan sahaja hidup dalam dunia yang penuh kemaksiatan, lupa akan agama, tetapi juga sudah melupakan langsung ibu bapanya di kampung. Ketika emaknya meninggal dunia pun dia tidak pulang menziarahi jenazahnya.

Selepas sebulan, Naim pulang ke kampung dan merancang untuk mengindahkan pusara ibunya. Tetapi ia mendapat tentangan yang keras daripada bapanya. Ayahnya terlalu sedih denga sikap Naim sehingga membawa kematiannya, tanpa diketahui oleh Naim. Kakaknya merahsiakan pemergian bapa mereka daripada Naim.

Adakah Naim terus merajuk dan tidak pulang-pulang lagi ke kampung halamannya? Adakah Naim akan terus berada di lorong kelam dalam perjalanannya di dunia ini? Bacalah novel ini untuk mengetahuinya.

Selain menghidangkan cerita yang menarik, Tuhan, tolong juga menerapkan teknik yang berada di luar konvensional, dan memberi sedikit cabaran kepada khalayak yang suka akan pembaharuan. Tetapi, nilai estetika karya kreatif tetap sarat dalamnya.